Friday, December 31, 2010

you are the best mom in the world ;)

pagi2 lagi mami dah datang bilik i and kejutkan i bangun sembahyang subuh. tapi kan lepas jew sembahyang subuh ape lagi. sambung tidur la kan. kalau mak mertua tengok. isk ! confirm die cakap " apa la punye bakal menantu"..haha. yela. orang tua2 selalu cakap kalau bangun lambat rezeki tak masuk. betul kan mami??? i bukan tak nak bangun awal. tapi kan mata ni ha...dah macam ada seekor GAJAH. tak boleh nak bukak. haha. mengada je...so tidur punye tidur. papa pulak call mintak num account bank. yeay !!!! papa bagi duet...lepas tu mami datang " bangun la...kata nak beli barang.mami dah siap dah"...haha. padan muke kau fara. tidur lagi. so terpaksa la i bangun...isk !!!!!!!!! tak puas la tidur. bangun2 je call En. Aidil ...konon nak kejutkan la. chit ! tak angkat2 jugak phone. penat la tuh. siapa suruh gayut & tidur lambat. haha. padahal sebab i jugak die kena tidur lambat. ngee~

bangun2 je. ALAMAK !!!!!!!!!! baru teringat. barang tak packing habis lagi. adoyai. tu la fara. duduk rumah..makan tidur je lagi. kan barang pun tak habis packing. isk....! dala mami dah tunggu. packing2 barang then siap2 la nak pegi beli barang. i punye la gelabah...siap cepat2 semua. yela takut kena marah dengan mami sebab lambat. alih2....you all tahu tak ape jadi???mari ibu2 bapak2 dekat2 sikit nak gossip ni. i turun2 jew bawah...boleh mami ajak tengok cite hindustan. chit !!!!!!!!!!! sabar jela. punye la i siap cepat2 sebab takut mami bising. last2 dari pukul 11 konon nye nak pegi beli barang. alih2 pukul 2 baru pegi beli. haha. tapi kan...tapi kan....sumpah cite hindustan tuh best. ape tah tajuk cite tu...jap.ha.."3idiots". sumpah best + funny. so tolong tengok eyh kalau cite tuh keluar kt astro lagi.

after beli barang semua. mami pun hantar i pegi rumah my sis dekat subang. yela...my sis yang akan hantar i esok balik melaka. Ya Allah...bapak banyak barang. lepas tuh berat gile. bayangkan la. i yang keping ni nak angkat semua barang tuh. isk !!!!!!!!! terseksa. tak kan la nak mintak tolong mami kan. kesian kot mami. dah la bawak pegi beli barang then bagi duet lagi kan. so nak tak nak. i kena la angkat sendiri. tibe2 time angkat barang ni la i teringat kat adik. isk ! kalau dulu dia ada...die la jd PENGANGKAT BARANG & BEG i.....huwh ! now die dah sambung belajar kat poli kedah tu. so takde dah la orang nak tolong i. sumpah rindu kau la ADIK !




ha...ni la ADIK KESAYANGAN i. handsome kan? tengok la kakak die siapa. eyh..salah. tengok la mak & ayah die siapa. haha. ni la adik i yang perasan muke die macam ashraaf muslim tuh. jangan nak perasan sangat okayh adik. tapi adik tetap handsome + baik hati + mengada + setia+rajin...so siapa2 yang rasa nak jadi adik ipar i. sila la...jap. ni bukan iklan cari jodoh eyh. ngee~ ;p



ha...ni la MAMI KESAYANGAN i. jap. bukan yang sebelah kanan eyh. yang sebelah kanan tuh COUSIN KESAYANGN i. nama die pun farah. ;)
(p/s: farah tolong balik M'sia eyh. rindu ! )

jap....tu la mami kesayangn i yang selalu terpaksa ke + tanpa rela ke+ tanpa penat melayan kerenah i. haha. bak kata mami i punye expenses sorang pun dah macam ape. isk ! nak buat macam mana mami. semua benda dalam dunia ni dah mahal. takpe2..nnt akan ku balas jasa mu. awww ! ;p

ha...sambung balik cite tadi. lepas dah angkat2 barang. i pun salam la mami. berapa kali aku salam mami & ciom mami. sedih weih. esok nak balik melaka dah. nak pergi berjuang kan. jap. berjuang a.k.a belajar la. saja nak buat gimik. kalau i pegi berjuang. isk ! habis surrender dulu. haha. dah salam2 & ciom2 semua. isk ! rase sedih pulak kan. nasib tak menangis. hampir dah kowt ! haha. siapa kata orang hati batu tak kan sedih or nangis??? walaupun hati batu...tapi part2 mak & ayah ni la paling sensitif sekali...btw...

THANK YOU SOOOO MUCH MUMMY for everything. i'm gonna miss you.

;'(




pen off

Wednesday, December 29, 2010

tips for clear & beautiful skin


okayh...mari ibu2 bapak2. kakak2,adk2 abang2. hari ni i ada tips nak bagi muke cantik & licin. kadang2 rase macam susah je kan nak dapat kulit muke cantik...takde jerawat semua kan? tapi jangan la sedih. kalau tak cube mana nak tahu kan? so jom2...i bagi tips nak jaga muke.



1. kalau muke tak bersih & kite tak bersihkan..so mem
ang takkan bersih la muke tuh. so bangun je pagi2 atau sebelum tidur cuci muke dulu.

2. tolong tanggalkan segala make up sebelum tidur. tak payah nak cantik2 time tidur.

3. jangan cuci muke lebih dari 2x sehari. kalau tak nanti kulit kering. ha...siapa nak jawab.

4. krim muka pakai 2 atau 3 kali bagi produk yang mengandungi saliclic asid & kalau produk yang mengandungi benzoyl peroxide akan buat kulit kering kalau pakai berlebihan.

5. then pakai mask seminggu sekali je

6. minum air suam & jangan makan makanan yang berminyak....

7. pastikan cukup tidur & rest...



kalau you all nak tahu. ha....ni la produk muka yang i pakai. memang la bagus. tapi kan....mai aik. mahai....around RM 100 jugak la. tapi kalau nak cantik...sume pun sanggup kan??? ;)


pen off

Tuesday, December 28, 2010

guess ouh guess !

okayh. i baru sempat update. busy sangat kerja mengalahkan orang kerja untuk cari nafkah. cop!!! i cakap kat aidil. i kerja cari nafkah untuk suami & anak. aidil cakap " perempuan kerja bantu suami bukan cari nafkah untuk suami & anak " haha. ambik kau fara kena sebijik. siapa suruh salah cakap lagi. ala..i gurau2 je. sob sob sob. jap...i malas sangat nak update panjang2. sebenarnye takde benda nak share sangat. mana tak nye kerja i duduk rumah & tidur jela. memandangkan badan i ni sekejap panas...sekejap suam...sekejap sejuk. macam main "cak cak " dah demam ni. kalau tak pun dah macam chipsmore. " sekejap ada...sekajap takde" .haha. okayh..fara tolong stop merepek...jap. suke hati i la kan. blog i. jap2..ape lagi eyh nak cakap...ouh lupe. i nak cite pasal jam la. isk!



ha....jap. aidil adli...ni la jam guess yang untuk couple tuh. ha...tak cantik kan??kan? org dah cakap dah.tapi hang xcaya cakap cheq. jam yang awak cakap tuh xde. orang dah pusing2 dah mid tuh pegi cari jam guess couples punye pasal. tapi design yang ada macam ni je. hurm. sedih. sob sob sob



tapi kan mohamad aidil adli...cube tengok jam guess ni. cantik kan? kan? haaa...jangan kate tak cantik. jam macam ni ada la..tapi kan takde yang couples punye. huwh ! tak suke ! tak suke ! so kesimpulannye....tak payah beli la kan? ngee ~ tunggu design yang cantik baru beli. okayh ! tu jew nak cite. siapa kaya tolong belanja i satu okayh. satu je pun. tak banyak. ngee~ just kidding. dala..nak tidur. bye !



pen off




Thursday, December 23, 2010

wedding

today...after tired working. i was talking with Gaya....suddenly she told me " Fara..i can't imagine if 1day u're married"..punye la dalam banyak2 cerita.boleh pulak die fikir macam tu. i sendiri pun tak fikir. tapi kan syok pulak bile berangan kawen kan. haha. siap berangan lagi kn nak wedding ala2 grand jew. biasa la kan. nama pun imagination kan.semua nak gempak jew.

haaaa....tengok tu.berangan nak kawen dekat hotel. memang tak mampu la kan. kau ingat kau anak RAJA ke fara????tak payah berangan lebih2 sangat. haha. tapi kalau ada rezeki..best nye !!!! konon tema yang i nak putih merah la kan.cantik kan???
;)




lepas tu. kek pun nak ikut tema kan. haha. i tak tahu kenapa. tapi i rase tema putih merah ni macam cantik je kan.siap ade bunga2 lagi kan.haish. nak keluar duet buat wedding macam ni. alamak...demam la seminggu. ;p




haaaaaaa...ni pulak pelamin. OMG ! tengok la pelamin die. siap ada bunga ros yang ditabur lagi. isk ! kalau i banyak duet. i pun nak buat macam ni kan. romantikkkkkkkkkkk ! so belajar ye fara & cari kerja elok2 sikit. baru la boleh kawen macam ni. kalau kau duk bercinte je memang tak dapat la. ;p



tapi kan...yang penting bagi i sangat2 ialah...time AKAD NIKAH ! yela....walaupun i berangan la kan..konon nak kawen macam ala2 anak RAJA tu kan. tapi bagi i yang paling penting akad nikah. yela..time tu baru la sah ikatan tu kan. OMG !!!!! i rase part akad nikah ni la yang akan buat seorang perempuan tu terharu. yela...dah sah jadi milik orang. lebih2 lagi orang tu ialah orang yang kite sayang kan. kan? okayh la. baru semangat nak belajar..baru boleh kawen macam ni. haha. gatai hang ni fara. ;p

Wednesday, December 22, 2010

i HATE you !


i really HATE YOU wany ! i've text you..but you didn't reply my message. i've called you but you didn't pick up my phone....i've send you lots of comment on FB & yet you still didn't reply my comment. OMG ! you really make me suffer. maybe one day when i'm gone..then you will be the last person who knows..yela. kau kan dah macam PM. PM pun tak busy macam kau. BENCI2 !!!! bile aku tak angkat phone kau..tak reply message kau...tak reply comment kau. tahu pulak kau nak bising2 kan? time aku???isk....gerammmmmmm !!!

tadi memang dah tak boleh tahan. at last aku call rumah kau. nasib dapat cakap dengan kau. kalau tak memang putus kawan la weih TEMBIKAI ! hang taw dak kami bengang sangat dengan hang. hang taw dak kami rindu hang...nak update story ngan hang pun tak boleh. lepas tu bila kami update story dengan dd then hang tak taw...hang mara. macam mana nak update dengan hang. hang pun busy ja. ha..kan dah keluaq bahasa utara.

so after this...pleaseeeee pick up the phone okayh ! I MISS you so so much ! i miss when we were texting each other..everyday. i miss when we were calling each other....everything la. I HATE YOU ...but yet deep inside my heart..i love you la perempuan. ;)

really adore her !





Ouh....SCHA ALYAHYA you are so beautiful. don't you ever know how beautiful you are??? OMG ! i sangat2 adore you sampai i xkan miss tengok AWAN DANIA. just because i nak tengok die. haha. if i was a guy. i will find a good job then ask you to marry me. nasib i perempuan. i love u scha !!!!!!!

kawan2 sendiri tak faham kenapa i sangat2 adore die. tak kesah la siapa yang tak suke die. janji i suke die. for me she's beautiful enough. i wish i could be her ! have a beautiful face....nice body & kaki panjang yang cantik.(which is imposibble..yela kaki pun pendek. so xpayah la nak berangan kan fara) ;p

;)


I MISS YOU SO MUCH B....
;)

Monday, December 20, 2010

pagi yang memeningkan...

Pagi2 lagi bangun i terus on9 bukak fb. Then tibe2 kwn i cakap class untuk next sem dah boleh daftar. so kena la kan bukak "student portal" uitm punye. check punye check..adoi.ada 1 subjek pulak tak boleh daftar sebab jadual clash. so i kena la jumpe lecturer i nanti bile balik melaka nanti. kan dah jadi 1 kerja. pagi2 lagi dah pening. dah la next sem i ada 9 subject . 9 subject ye kawan2...!!! macam dah ambik SPM balik dah rase. so...fara u kena belajar betol2..bak kate mummy. " belajar rajin2..jangan fikir duit. tu kerja mummy...bercinte..bercinte jugak.tapi jangan sampai belajar tah ke mana..cinte pun tah ke mana..." ha...amek kau fara..kan dah kena nasihat dengan mummy. haha. tapi i tetap sayang my mummy...;))



the love one...

After few years.searching for my Mr.Right..Alhamdulillah. At last..i found him. I praised Allah for sending him in my life. A moment like this..some people wait a lifetime so do i. Thank God for sending me him in my life. I sangat2 bersyukur sebab after lalui macam2 dugaan dari Allah...at last i dapat together dengan die. So i xkan sia2 kan sume ni. ;))



Mohamad Aidil Adli....


I will never find another lover sweeter than you
I will never find another lover more precious than you
All my life I prayed for someone like you
And Thank God that finally i found you
I'll be with you for the rest of my life
I'll stay by your side no matter what happen
I'll be loving you till the end of my time

;)

Saturday, December 18, 2010

meet the sisters

selama hidop 20tahun dah ni.. mcm2 kawan i jumpe.ada yang bile senang je dengan kite & bile susah hilang terus.numbor hp pun tukar kan. tapi still ada kwn2 yang sentiasa ada dengan kite time susah & senang..yang sanggup nangis sama2 smpai meleleh-leleh air mata sume & ada yang sama2 happy dengan kite. so kalau u all ada kwn2 yang tibe hilang time korang susah then muncul tbe2 mcm chipsmore time korang senang. tu mmg bkn kwn namanye.so xpayah kwn dengan dorang.but....Alhamdulillah & praised to Allah for sending me such a nice friends yang sanggup susah & senang sama2.

meet my pals :

i panggil die PANJANG sb sape suruh
kaki die panjang sgt...
;P

Cik Diana or DD ni la kawan i time mula2 i belajar kt Uitm Merbok dulu. kiteorang roomate dari i part 1 sampai la i part 3. so after part 3 i terpakse tinggalkan die sorang2 dekat merbok kesayangan tu sebab i dah habis belajar & i kena sambung belajar dekat Uitm Melaka pulak kan . i ingat lagi time i part 3 DD siap cakap die hope i ada sangkut paper semate2 die nak i teman die kt merbok tu. hehe. die la kawan i yang paling baik sekali. walaupun lain2 course & class tapi kan both of us akan pastikan yang kiteorang akn makan sama2.kadang2 kiteorang akn lunch sama2 kalau ada gap la..kalau xsempat dinner o hi-tea mesti sama2. lepas tu kan...kalau i ada test o quiz...die la roomate & kawan sejati yang sanggup bersengkang mata just nak teman i study.i memang xkan bagi die tido dulu sebab nanti i pun nak tido.nak buat mcm mana TIDO tu indah sangat. ;p so terpaksa la cik dd yang chantek manis ni teman i study. then time die test i pulak la yang kena bersengkang mata teman die study. lepas tu kan...kiteorang ada 1 habit yang mmg x boleh nk buang...which is both of us love to shouting...haha. dd la..suka sangat menjerit time i tido.so i pun jerit balik kat die. habis 1 koridor tu dengar suara kiteorang. tapi kn xde sape nak mara..yela...sebab time tu kiteorang cam agak senior kt floor tuh.haha. then both of us love to play game.tapi study malas.cik dd ni jugak la yang teman i pegi dining mlm2 sebab lapar. then kiteorang suke duduk kt dining tuh.menyanyi2 sume.

i miss you larh babe ! ;)


i panggil bdk ats ni TEMBIKAI sb time
die mula2 potong rambut ni sejibik
mcm tembikai or helmet
;p


Cik Wany ni la kawan i dari part 1 sampai la sekarang. i dengan wany sama class time part 1.time tu i tengok die ni sorang2 jew.so i pun tegur la kan.ingatkan sombong & innocent. Chit !!! i tertipu...langsung bukan innocent. So since dari tu kiteorang kwn sampai la part 3. tapi kan time part 2 i tukar class.i ajak die...tp die xnak...at last time part 3 kot baru die nak tukar class sama ngan i.tula...lain kali jangan sombong sangat. hehe. die la kawan time susah & senang.tapi kan habit kiteorang ape taw. bile habis class jew merayau.pegi main bumper car.ingat lagi x syg? ;) then paling suke pegi makan chicken chop dekat hotmass bersama dd ,yana & kak fini kesayangan. lepas tu...weekend jew.mmg hilang la..xkan nampak muke kiteorang kat college tu.apa lagi...penang mari !!!! tapi kan yang jd mangsa driving sampai penang..sape lagi cik wany ni la. btw...die jugak la yang ajar i ckp utara.kalau x mmg cheq xtaw...tapi kan...tapi kan...walaupun now masing2 dah sambung belajar kt lain2 tempat...but we still contact each other.i dengan wany lagi terok.hari2 nak msg & col.dah mcm orang bercinte dah.kalau couple pun kalah. mana x nye...kalau x msg o col dlm 1 hari dah rase lain. pastu kan...kalau one of us x reply msg or pick up the phone. mula la nk merajok kan. haha. gedik betol kami ni. she always be by my side.ape jadi dekat i sume die tahu..same goes to her.jap2.i lupe....walaupun wany ni bilik lain2 dengan i.tapi die selalu menyibok kt bilik i.then tido bilik i. lepas tu kan...klu die tido...die suke goyang2 kaki. haha. kau sgt comel.okayh !

i love u very2 strong ! ;)



ni pulak Cik Yana si puteri..
die sangat2 la manje. mushroom soup,roti bakar
sume pun nk kena tlg buat kn.
tapi aku ttp syg kau !
;))

Cik Yana ni i kawan dengan die time part 2.tapi kan kalau nak tahu.time part 1 i sgt2 x suke die.siap tengok muke pun rasa menyampah.yela time tuh mbe2 i sume cakap die gedik. tapi kan last2 part 2 i jugak yang rapat dengan die.amek kau...benci lagi.kan last2 dah jadi sisters. sampai xblh nak berpisah. haha.time hujung sem part1 tibe2 je die tegur i.konon nak tanye pasal exam paper law. last2 part 2 satu class pulak kan.i ingat lagi...time tu 1st day masuk class part 2. tibe2 die ckp kat i "eyh....u kite 1 class la"...time tu dalam hati i.."asl la perempuan ni 1 class dengan aku"..haha.tapi last2 rapat pulak kan.mana2 pegi je dengan awek ni. sampai lecturer pun cakap kiteorang twins. yang sama pasal kiteorang is...we love to shopping & makan !!!! tu jela kerja kiteorang. kalau x shopping..mesti pegi makan...dekat mana lagi.hotmass la..mkn chicken chop dengan wany,dd n kak fini kesayangan. si yana chantek jelitawan ni pun suke pegi penang & xboleh duduk diam..suka keluar sume.. mmg satu kepala la.sebab tu la saya boleh jatuh cinta dengan die. but now pun kiteorang dah jaoh2.sb sume pun dah sambung belajar kn....tapi kiteorang still contact. i dengan yana pun mcm bercinte dah.hari2 nak msg n col..

i really2 miss you babe ! ;'(


p/s : i love you guys 4eva !!! ;))

guess this is the new story ;)

I guess this will be my new blog since I've already deleted the old one. The reason i created this new blog because there's lots of old memories that should not be keep anymore.Since new year is coming soon. So I think I should start new life with new hope. ;)