Saturday, October 29, 2011

Note for brother...;'(

Abang...Get well soon. Kuatkan semangat. Abang kena sihat jugak. Abang tak boleh sakit. Kiteorang semua sayang abang. I cannot concentrate on my study for this coming test...sebab fara risau sangat pasal abang. I just hope everything will be ok & I'll pray for you. I love you soooo much Brother ! You are the best brother ever....

Lawatan sambil belajar ke SPRM & IIM !





waiting for the bus..




Yes.....we are heading to SPRM-Putrajaya. ;)




Tengah dengar penerangan pasal lokap dalam SPRM




with Meya @ SPRM-Putrajaya





Bergambar before move to IIM ;)




Moving to IIM pulak ;)




with Shafina @IIM -Institut Integriti Malaysia


Zila & Fina



Tea time @ IIM ;)


Pen off

Wednesday, October 26, 2011

blurrr

Tadi baru je deactive FB. blurr sgt sampai tak tahu nak buat ape. mungkin deactive FB langkah yang bagus. sebab macam takde sebab je nak active FB .rasa macam takde makna dah dalam hidup.Semua pun dah berubah tak macam dulu. Kadang2 mungkin kite dah cuba tuk betulkan keadaan....tapi walau kite cuba macam mana sekali pun. Kalau semua tu tak berhasil apa yang kite boleh buat. Orang mungkin tak faham. Cuma kita je yang akan faham.Mungkin semua ni jadi sebab silap sendiri. Mami selalu pesan jangan selalu salahkan orang. Tengok diri sendiri dulu.Bile tengok diri sendiri....mungkin betul jugak sebab diri sendiri la semua ni jadi. So kena la muhasabah diri sendiri & redha je semua ketentuan Ilahi.







pen off

Monday, October 24, 2011

Konvo !!!

Aidil : b...congratulations !!!
since hari ni b konvo...so syg ambik opportunity ni tuk wish congrats.
i'm proud of u...

;)

Sunday, October 16, 2011

Special for you ;)

This is special for you...
I will always be by your side ;)


pen off

Memenatkan....

Since masuk part4 ni every weekend je busy. Even if nak keluar makan pun fikir banyak kalidulu.serious sampai aku rasa takde life...omg ! bile la nak habis belajar ni. Cerita pasal takde life....at last semalam malam aku sempat pegi "Pahlawan walk" kejap. Tu pun pegi lepas makan sebab dah macam stress sgtttttttttt je duduk rumah & buat segala kerja kan.




Ni la muka bahagia sebab dapat keluar m
akan sup ayam
! ;)



This is the "pahlawan walk" ;)


I got this "angry bird" mechanical pencil dekat pahlawan walk.
cant't wait to bring it to class tomorrow.. ;p



pen off

Monday, August 1, 2011

guys..u should know this ;)

Andai lelaki tahu.
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu.
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.